Posts

MENUNTUT HUTANG ARWAH

  MENUNTUT HUTANG ARWAH Soalan Assalamualaikum, abang saya baru sahaja meninggal dunia. Tak sampai seminggu ada seorang kawannya yang saya yakini penagih dadah datang menuntut hutang, keluarga saya bersetuju bayarkan, tapi selepas itu berterusan datang orang lain yang gaya mereka seperti mat gian dadah datang tuntut hutang. Saya dan keluarga yakin arwah tak pernah berhutang dengan mereka sebab arwah semasa hidup selalu cerita jika dia ada berhutang dengan sesiapa. Soalan saya, apakah kami harus lunaskan hutang tersebut? Sedangkan kami yakin abang tak pernah berhutang dengan mereka dan cara mereka minta hutang juga biadap dan meragukan. Kami bukan keluarga berada tetapi tak mahu juga arwah terlekat hutang. Jawapan Waalaikumussalam. Alhamdulillah, segala puji dan syukur diucapkan kepada Allah SWT selawat dan salam kami panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para isteri Baginda, para sahabat, serta golongan yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga ha...

HUKUM WASIAT SECARA LISAN

  HUKUM WASIAT SECARA LISAN ﴿مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِي بِهَا أَوْ دَيْنٍ﴾ Maksudnya : (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. Surah al-Nisa’ (11) Melalui ayat ini, Allah S.W.T telah menjelaskan bahawa pembahagian harta hendaklah dilakukan setelah selesai urusan hutang si mati serta setelah dilaksanakan wasiat si mati. Antara pelunasan hutang dan juga pelaksanaan wasiat, pelunasan hutang mesti dahulukan ke atas wasiat. Ini berdasarkan kepada hadith Nabi Muhammad S.A.W: عَنْ عَلِيٍّ أَنَّهُ قَالَ: إِنَّكُمْ تَقْرَءُونَ هَذِهِ الآيَةَ: {مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ تُوصُونَ بِهَا أَوْ دَيْنٍ} [النساء: 12] «وَإِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَضَى بِالدَّيْنِ قَبْلَ الوَصِيَّةِ Maksudnya : Daripada Ali R.A bahawasanya berkata: Kamu membaca ayat ini (Surah al-Nisa’ ayat 12) dan Rasulullah S.A.W melunaskan hutang sebelum wasiat (dilaksanakan). Riwayat Tirmizi (2094) Na...

BERAPA KADAR WASIAT YANG DIBENARKAN?

      BERAPA KADAR WASIAT YANG DIBENARKAN? Turutan pengurusan harta pusaka adalah seperti berikut: 1. Pengurusan jenazah 2. Hutang 3. Wasiat 4. Faraid Maka, digunakan daripada harta si mati bangi pengurusannya yang wajib sahaja. Kemudian, dibayar hutangnya jika ada. Hutang di sini ada dua, hutang kepada manusia dan hutang kepada Allah. Hutang kepada Allah seperti zakat, puasa, haji, fidyah, qada’, kaffarah dan nazar yang wajib. Dalam mazhab al-Syafie, hutang kepada Allah lebih utama untuk dilunaskan. Sabda Rasulullah SAW: فَدَيْنُ اللهِ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَى Maksudnya: Maka hutang kepada Allah lebih berhak untuk ditunaikan. Hadis Bukhari dan Muslim. Kemudian, diuruskan harta pusaka selebihnya mengikut wasiat. Wasiat hanya boleh menggunakan 1/3 daripada harta pusaka, maka hanya 1/3 daripada harta si mati yang boleh disalurkan kepada masjid dan lain-lain. Dalam kes saudari, sedekah kepada masjid itu boleh digunakan daripada peruntukan ini. Daripada Saad bin...

BOLEHKAH SESEORANG MUSLIM MEWASIATKAN HARTANYA KEPADA NON-MUSLIM

BOLEHKAH SESEORANG MUSLIM MEWASIATKAN HARTANYA KEPADA NON-MUSLIM Wasiat Pengurusan dan perancangan harta merupakan satu perkara yang sangat digalakkan di dalam Islam. Oleh itu wasiat merupakan satu inisiatif dalam pelaksanaan sistem kewangan yang terdapat di dalam Islam. Syarat yang ditetapkan dalam melakukan wasiat sepertimana yang dikatakan oleh Syeikh Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya: “ wasiat disunatkan pada menggunakan satu pertiga daripada hartanya atau kurang, bukan daripada waris yang mewarisi harta pusaka. Dan afdhal mendahului kepada ahli yang terdekat yang tidak mewarisi harta pusaka ” (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e , 4/539) Hadis daripada Saad bin Abi Waqas RA: عن سعاد بن أبي وقاص رضي الله عنه, قُلتُ: يا رَسولَ اللَّهِ، أُوصِي بمالِي كُلِّهِ؟ قالَ: لا، قُلتُ: فالشَّطْرُ، قالَ: لا، قُلتُ: الثُّلُثُ، قالَ: فالثُّلُثُ، والثُّلُثُ كَثِيرٌ، إنَّكَ أنْ تَدَعَ ورَثَتَكَ أغْنِياءَ خَيْرٌ مِن أنْ تَدَعَهُمْ عالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ في أيْدِيهِمْ Mak...

HUKUM MEWASIATKAN SEBAHAGIAN HARTA KEPADA ANAK

  HUKUM MEWASIATKAN SEBAHAGIAN HARTA KEPADA ANAK Saya mempunyai tiga orang adik beradik. Ayah saya telah mewasiatkan sebahagian daripada hartanya kepada abang sulung kami kerana dia banyak berkorban selama ini. Kami adik-beradik tiada masalah dengan wasiat tersebut, cuma kami ingin tahu adakah ia dibenarkan dalam Islam.   JAWAPAN Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke hari Kiamat. Amalan meninggalkan wasiat merupakan amalan yang dilakukan sejak zaman berzaman. Pada kebiasaanya, wasiat yang ditinggalkan adalah berkaitan dengan harta milik pemberi wasiat. Umat Islam diharuskan untuk meninggalkan wasiat dengan cara dan syarat yang tertentu sepertimana yang telah digariskan oleh syariat Islam. Di antara syarat dalam berwasiat adalah tidak meninggalkan wasiat lebih satu perti...

ADAKAH DUIT YANG DIPESAN UNTUK DIDERMAKAN SEBELUM MENINGGAL TERMASUK SEBAHAGIAN DARIPADA HARTA PUSAKA

  ADAKAH DUIT YANG DIPESAN UNTUK DIDERMAKAN SEBELUM MENINGGAL TERMASUK SEBAHAGIAN DARIPADA HARTA PUSAKA Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke hari Kiamat. Menginfakkan sesuatu kepada kebaikan merupakan perkara yang dituntut oleh agama Islam. ini kerana ganjaran kebajikan yang dilakukan itu akan dibawa hingga ke akhirat. Ini seperti mana hadis yang disampaikan daripada Abu Hurairah RA sabda Nabi SAW: إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَه Maksudnya : Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya. Riwayat al-Muslim (1631) Wasiat Wasiat merupakan salah...

HUKUM WASIAT SECARA LISAN

  HUKUM WASIAT SECARA LISAN ﴿مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِي بِهَا أَوْ دَيْنٍ﴾ Maksudnya : (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. Surah al-Nisa’ (11) Melalui ayat ini, Allah S.W.T telah menjelaskan bahawa pembahagian harta hendaklah dilakukan setelah selesai urusan hutang si mati serta setelah dilaksanakan wasiat si mati. Antara pelunasan hutang dan juga pelaksanaan wasiat, pelunasan hutang mesti dahulukan ke atas wasiat. Ini berdasarkan kepada hadith Nabi Muhammad S.A.W: عَنْ عَلِيٍّ أَنَّهُ قَالَ: إِنَّكُمْ تَقْرَءُونَ هَذِهِ الآيَةَ: {مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ تُوصُونَ بِهَا أَوْ دَيْنٍ} [النساء: 12] «وَإِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَضَى بِالدَّيْنِ قَبْلَ الوَصِيَّةِ Maksudnya : Daripada Ali R.A bahawasanya berkata: Kamu membaca ayat ini (Surah al-Nisa’ ayat 12) dan Rasulullah S.A.W melunaskan hutang sebelum wasiat (dilaksanakan). Riwayat Tirmizi (2094) Na...